Sunday, October 9, 2016

Antara 5 Sebab Utama Mengapa Harga Emas Jatuh !!

Kejatuhan harga emas ini seringkali menjadi titik pertanyaan bagi sang pelabur-pelabur emas. Anda sebagai pelabur emas baru mestilah faham tentang bagaimana harga ditentukan.
Harga emas akan berubah 2 kali sehari iaitu pagi dan petang, setiap hari. Ini juga mempengaruhi beberapa sebab dan kesan-kesannya, yakni kesan dari permintaan dan bekalan emas. 
Harga emas sebenarnya ditetapkan oleh Penetapan Emas (Gold Fixing). Juga dikenali sebagai Penetapan Emas London, ia adalah satu mesyuarat lima anggota Pool Gold London dijalankan dua kali sehari melalui telefon, pada 10:30 GMT dan 15:00 GMT.
Penetapan Emas secara meluas diiktiraf sebagai penanda aras yang digunakan untuk emas harga dan produk emas di seluruh dunia. Kesan daripada negara Cyprus menjual emas boleh menjadi pemangkin besar dalam permainan ini. Mereka telah menjual berbilion-bilion dolar dalam emas. Ini baru sahaja menjadi berita baru-baru dari bank pusat di Cyprus, untuk menampung kerugian mereka. Kesannya mungkin telah menyebabkan emas jatuh sekarang. Inilah sebabnya anda wajib membaca berita!


Banyak lagi faktor yang akan kami rungkaikan dalam artikel kali ini. Ramai penganalisis dan amatur sedang mengeluarkan pelbagai teori mereka tentang apa yang menyebabkan kejatuhan harga ini.
Berikut adalah antara potensi bagi harga emas menurun:
Permintaan dan pembekalan.
Contoh ‘bekalan dan permintaan emas’ ini secara asasnya:
Penawaran > Permintaan = Harga Emas jatuh
Penawaran < Permintaan = Harga Emas naik
Selain itu, harga emas adalah berlawanan dengan keadaan nilai matawang dolar Amerika. Apabila dolar meningkat, harga emas jatuh dan begitulah sebaliknya.
Berikut di bawah, kami akan dedahkan mengapa penawaran dan permintaan ini boleh menjadi faktor penurunan harga emas.
1. Kaitan dengan dolar

Pertama ialah keadaan ekonomi dunia yang berlaku sekarang ini. Sekarang para pelabur dagangan matawang asing sudah beralih arah daripada Euro kepada dolar Amerika, ingat, bila saja dolar Amerika laku dan meningkat, harga emas akan jatuh. Kedua ialah spekulasi dan monopoli, lihat sahaja berita yang menyatakan harga emas akan jatuh, pelabur-pelabur emas ini akan menjadi panik dan terus menjual kesemua koleksi emas mereka sebelum menunggu lagi lama untuk harganya meningkat semula.

Selepas itu, akan terjadilah saat di mana lambakan emas di pasaran dan seterusnya penawaran akan melebihi permintaan. Dari itu, harga emas akan jatuh. Acara-acara yang berlangsung di dunia juga faktor penawaran meningkat. Acara ialah seperti Sukan Olimpik, EURO dan FIFA. Apabila sesebuah negara itu menganjurkan sesebuah acara sukan, mereka perlu membuat pelbagai jenis perbelanjaan untuk menjayakannya. Negara tersebut akan memilih untuk menjual unit rizab emasnya untuk menampung perbelanjaan tersebut, maka terjadilah penawaran melebihi permintaan.

Terdapat banyak lagi potensi bagi harga emas menurun dan penawaran meningkat tetapi itu semua anda sendiri boleh fikirkan dengan ‘common sense’ atau logik akal.
2. Keadaan ekonomi global

Kira-kira 80 peratus daripada jumlah bekalan emas telah digunakan oleh industri barang kemas. Penggunaan barang kemas adalah pengaruh yang besar ke atas permintaan terhadap emas itu juga. Kerana keadaan ekonomi yang bertambah baik, keperluan untuk emas cenderung untuk meningkat.

Walau bagaimanapun, industri yang paling sensitif yang akan mempengaruhi secara mendalam adalah industri barang kemas. Kemelesetan telah mempengaruhi permintaan barang kemas pada tahun 1982-1983, kerana pada masa yang sama, harga emas juga meningkat. Dalam kemelesetan awal 90, tahap permintaan barang kemas telah jatuh juga, tetapi pada masa ini harga emas juga jatuh serentak.

Seperti dinyatakan di atas, keadaan ekonomi boleh membawa kepada inflasi yang tinggi. Oleh dengan itu, manfaat menggunakan emas sebagai alat perlindungan nilai terhadap inflasi telah dirasai oleh pelabur untuk masa yang lama. Dengan emas, pelabur mendapat perlindungan yang sempurna terhadap penurunan dalam kuasa beli.
3. Penjualan emas di Cyprus

Pada 11 April yang lalu, telah dilaporkan bank pusat di negara Cyprus akhirnya menjual simpanan emasnya hanya semata-mata untuk mengurangkan hutang negara itu. Banyak sumber yang mengatakan ini adalah penyebab utama kejatuhan harga emas sekarang, mereka telah menjual sebanyak 13.9 tan rizab emas. 
Tetapi pada Februari 2013 yang lalu, nilai rizab (simpanan) berjumlah hanya kira-kira 550 juta Euro. Ada juga sumber -sumber lain yang menyatakan kejadian di Cyprus adalah telah dirancang dan pasaran masa hadapan dimanipulasi. Penjelasan selain dari yang ini adalah penjualan emas yang dibuat oleh pelabur yang lain juga merupakan rantaian reaksi sesama para pelabur emas itu sendiri, pelabur yang sedang kerisauan, dan mula menjual emas-emas mereka. 
Bukan sahaja di Cyprus, negara-negara yang lain juga seperti Amerika dan negara di sekitar Eropah telah mula menjual emas kerana mampu membaik pulih ramalan ekonomi di negara itu sendiri.
4. Pengumuman FED dan kejatuhan harga aset
Rizab Persekutuan AS umum pengurangan rangsangan secara beransur yang menandakan berakhirnya kitaran pengembangan kuantitatif.
5. Tindakan para pelabur emas
Segala aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh pelabur emas juga boleh mempengaruhi penurunan harga emas. Para pelabur jangka pendek yang giat aktif dan cepat panik bertindak menjual emas mereka selepas mengetahui Goldman Sachs menurunkan paras harga ramalan prestasi purata harga emas bagi tahun 2013 baru-baru ini. 
Ada juga para pelabur yang melabur dalam saham emas bertindak menjual pegangan ekuiti dalam pelaburan dan membeli pula bon sebagai pengganti untuk menyelamatkan nilai matawang semasa dari terus jatuh merudum.
Jadi sekianlah sudah pendedahan dari kami tentang soalan cepumas ini. Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor yang berpotensi menjatuhkan harga emas ini, tetapi seperti yang kami katakan tadi, ‘logik akal’ memainkan peranan kuat dalam penentuan harga ini. Kami berharap artikel ini dapat membantu anda dalam perjalanan pelaburan emas anda.

Sumber artikel dari pelaburan emas zenith gold
Hubungi Kami --> http://pelaburanemaszenithgold.blogspot.my/p/contact.html

Wednesday, September 28, 2016

"Dr" Azizan Osman Tipu Berjuta Orang Melayu ?

Baru-baru ini viral tentang gelaran Dr. Azizan Osman bukan seorang yang mempunyai pendidikan dan sijil Ph.D . Oleh kerana isu itu melibatkan Universiti Malaya, akhirnya UM telah mengeluarkan kenyataan di Facebook mereka.





Walaupun ada segelintir netizen menyokong gelaran "Dr" dan tidak mempedulikan hal tersebut . Rakyat Malaysia perlu sedar, jenayah tetap jenayah .

Sila baca petikan yang kami ambil dari Berita Harian di bawah :

--- Khamis, 23 April 2015 ---


Membendung profesor, gelaran PhD palsu

Beberapa hari lalu, Majlis Profesor Negara (MPN) melancarkan buku Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor bagi mengangkat kredibiliti profesion dan imej ahli akademik di Malaysia bertujuan menjelaskan penyalahgunaan gelaran profesor pada pangkal nama atau kad nama. Bahkan sudah ramai menyalahgunakan ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD) sama ada dibeli menerusi online, diplagiat atau mengupah orang menyediakan tesis bagi tujuan penipuan dan komersial. 


Banyak kes seperti ini sama ada di Malaysia ataupun luar negara termasuk negara maju yang menjadi hab pengajian tinggi. Beberapa tahun lalu, bekas Pengarah Kanan dan Ketua Pegawai Maklumat, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS), Laura Callahan meletak jawatan selepas didapati membeli Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD secara dalam talian. Kes ini menggegarkan keselamatan Rumah Putih kerana dilihat seolah-olah tidak menyemak latar belakang sebelum mengambil beliau bertugas. AS mengeluarkan 50,000 ijazah PhD seluruh dunia, bernilai RM3.6 bilion (AS$1 bilion) setahun. 


Di Pakistan pula ada banyak universiti melantik profesor kelulusan PhD palsu dan ia menjejaskan kredibiliti universitinya. Pembabitan 'profesor segera' ini merosakkan imej dan mutu pengajian terutama bidang perubatan. Di Russia, ijazah palsu dapat dibeli dengan harga RM3,000. Ada juga sindiket mengeluarkan ijazah palsu atas nama Universiti Harvard - pusat pengajian tinggi terbaik di dunia, dengan harga RM120,000. Sedia khidmat ijazah palsu Malah, sebuah laman sesawang menyediakan perkhidmatan mengeluarkan ijazah palsu, termasuk PhD dari pusat pengajian tinggi dengan bayaran RM240. Tawaran ini jadi lebih menarik apabila mereka bebas memilih apa sahaja bidang dikehendaki atau mana-mana universiti untuk diisi dalam ijazah palsu itu. 


Ijazah palsu membabitkan universiti Malaysia mula dikesan susulan kes penipuan untuk mendapat kelulusan Universiti Sains Malaysia (USM) beberapa tahun lalu. Selain kes sijil palsu USM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara. Pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri. Syarikat mengenakan harga RM6,500 bagi ijazah Sarjana Muda, RM8,500 (Sarjana) dan RM10,500 (PhD) dalam pelbagai jurusan kononnya diiktiraf lima universiti luar negara, antaranya Universiti Rockhampton, Universiti Harvey International, Universiti Cannington Brook dan Universiti Charles Molnar.






Ramai orang 'sakit jiwa', pemalas dan suka menipu mencari jalan pintas, cepat, tidak perlu belajar untuk mendapatkan ijazah secara mudah, dalam tujuh hari sedangkan pelajar universiti menghabiskan tiga hingga enam tahun untuk mendapatkan diploma dan ijazah. Bukan mudah untuk mendapat PhD kerana memakan masa lama. Perlu berkorban wang ringgit, keluarga dan masa. Perbuatan segelintir mereka ini adalah tidak adil kepada pemilik ijazah sebenar. Mereka yang terbabit dalam kes pemalsuan ijazah, biasanya bijak bercakap tetapi isinya kosong dan hanya boleh dikesan sesetengah pakar apabila dibandingkan dengan kelulusan diperoleh. 



Selalunya orang yang gagal dalam pelajaran dahagakan pengiktirafan, lebih-lebih lagi orang yang baru dikenali. Mereka mahu dipandang tinggi, berilmu, berkebolehan dan boleh dijadikan pakar rujuk. Perdaya orang Mereka bangga memperkenalkan diri sebagai 'Dr' dan profesor memperdayakan orang sedangkan hanya tamat Tingkatan Tiga ataupun Tingkatan Lima. Kadangkala dengan gelaran 'Dr' dan profesor yang dijaja sebagai pakar motivasi, MLM, penjual produk kosmetik dan ahli perniagaan, mereka dapat lebih peluang dan keutamaan menjawat jawatan penting seperti pengarah dan perunding dalam organisasi serta senang mendapat kontrak projek. 


Ditambah pula dengan sikap orang ramai mudah percaya dengan kepetahan bercakap tanpa meneliti latar belakang pengajiannya, selain kelemahan majikan di Malaysia yang hanya melihat rekod jenayah pemohon pekerjaan tanpa menitikberatkan status pendidikan menyebabkan kegiatan membeli ijazah sarjana dan PhD palsu semakin berleluasa. Satu pusat menyimpan data graduan mesti ditubuhkan untuk mengelak kes pemalsuan ijazah dan semua sijil dicetak Percetakan Nasional yang mempunyai tahap sekuriti tinggi. 


Seseorang bergelar Tan Sri, Datuk, ahli perniagaan dan pakar motivasi tidak berintegriti dan patut merasa jijik memiliki ijazah palsu serta sanggup menggunakan gelaran doktor atau profesor. Mereka patut malu kepada masyarakat bahkan kepada ahli keluarga yang mengetahui taraf pendidikan dimiliki. Adalah wajar sesiapa yang menggunakan sijil palsu dihukum mengikut Seksyen 471 dan 468 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum tidak lebih daripada tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya. 


Penipuan sijil palsu perlu dibendung agar tidak merebak dan kelak disalah guna warga asing ketika Malaysia mengambil pelbagai usaha menjadikan negara sebagai hab pengajian tinggi. 


Penulis ialah Presiden Transparensi International Malaysia


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/49221

Monday, July 4, 2016

Arlina Banana Sakit Mental ?

Menjadi individu yang berbadan besar bukan satu masalah yang besar, tetapi menjadi individu yang bersaiz besar dan berada dalam kalangan masyarakat Malaysia yang kurang kesedaran adalah masalah yang sangat perlu kita takuti.

Isu terbaru tentang perancangan Arlina Banana untuk membunuh diri memberi banyak komen negatif terhadap selebriti tersebut.

Ini akan membuatkan individu tersebut akan merasai tekanan yang kuat lebih dari sebelumnya. Apa yang masyarakat perlu lakukan adalah memberi sokongan moral dengan penuh bijaksana.

Terdapat satu penyakit mental yang membuatkan seseorang akan cuba merancang untuk membunuh diri yang di panggil Bipolar Disorder .< -- Klik untuk info



Video di atas adalah mengenai penyakit Bipolar Disorder .




 Kita seharusnya lebih matang dalam menilai setiap individu .

Thursday, June 2, 2016

Kenapa Pilih Pelaburan Keuntungan Tidak Tetap ?



Hukum 'Investment' Yang Untungnya Diperolehi
Dengan Kadar Tetap - Ustaz Azhar Idrus

Jom sertai kami ! Kami cuma perlukan maklumat anda untuk di hubungi
Borang Ingin Tahu 

Friday, April 29, 2016

Apakah itu SSL (Secure Socket Layer)

Perasankah anda, apabila membuka laman web tertentu seperti Maybank 2u anda akan terlihat gambar mangga pada URLnya. Apakah itu? Itu dinamakan SSL dan SSL (Lapisan Soket Selamat) ialah teknologi keselamatan standard untuk membina pautan penyulitan (encryption) antara pelayan web dan pelayar. Pautan ini memastikan bahawa semua data yang melewati antara pelayan web dan pelayar kekal persendirian dan penting. SSL adalah standard industri dan digunakan oleh berjuta-juta laman web dalam melindungi urus niaga dalam talian mereka dengan pelanggan mereka.




Maksud lain bagi SSL adalah protokol keselamatan yang paling banyak digunakan digunakan hari ini. Ia pada asasnya adalah protokol yang menyediakan saluran yang selamat antara dua mesin yang beroperasi melalui internet atau rangkaian dalaman . Dalam dunia internet hari ini protokol SSL biasanya digunakan apabila pelayar web perlu selamat menyambung ke pelayan web melalui Internetyang memang diketahui tidak selamat.

Bagi membina/membuat sambungan SSL, pelayan web memerlukan Sijil SSL. Apabila anda memilih untuk mengaktifkan SSL pada pelayan web anda, anda akan diminta untuk menyelesaikan beberapa soalan tentang identiti laman web anda dan syarikat anda. Pelayan web anda kemudian mencipta dua kunci kriptografi - a Key peribadi (kunci peribadi) dan Public Key (kunci awam).

Kunci awam tidak perlu menjadi rahsia dan diletakkan ke dalam Menandatangani Permintaan Sijil (CSR ) - data fail juga mengandungi butiran anda. Anda kemudiannya perlu mengemukakan CSR. Semasa SSL memproses permohonan Sijil, Pihak Berkuasa Persijilan akan mengesahkan butiran anda dan mengeluarkan Sijil SSL yang mengandungi butir-butir anda dan membolehkan anda untuk menggunakan SSL. Pelayan web anda akan sepadan dengan Sijil SSL dikeluarkan ke Key Peribadi anda (kunci peribadi). Pelayan web anda kemudiannya akan dapat untuk menubuhkan pautan penyulitan (encryption) antara laman web dan pelayar web pelanggan anda.

Biasanya Sijil SSL akan mengandungi nama domain, nama syarikat anda, alamat anda, bandar anda, negeri anda dan negara anda. Ia juga akan mengandungi tarikh tamat Sijil dan butir-butir Pihak Berkuasa Persijilan bertanggungjawab bagi pengeluaran Sijil. Apabila pelayar menghubungkan ke laman web yang selamat ia akan mendapatkan Sijil SSL laman ini dan pastikan ia tidak luput, ia telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa amanah pelayar Certification, dan bahawa ia sedang digunakan oleh laman web yang mana ia telah dikeluarkan . Jika ia gagal pada mana-mana salah satu daripada pemeriksaan ini pelayar akan memaparkan amaran kepada pengguna akhir membiarkan mereka tahu bahawa tapak itu tidak dijamin oleh SSL.
Apakah  antara perkhidmatan dan bagaimana SSL digunakan dalam e -dagang dalam dunia moden hari ini ?

1.         Urus niaga kad kredit dalam talian.
2.         Login sistem dan sebarang maklumat sensitif dalam talian.
3.         Untuk mendapatkan hubungan antara klien e-mel seperti Microsoft Outlook dan
            pelayan e-mel seperti Microsoft Exchange..
4.         Permohonan mendapatkan pekerjaan.
5.         Pemindahan fail melalui https dan FTP (s) perkhidmatan seperti pemilik laman web
            mengemaskini laman baru ke laman web mereka atau memindahkan fail besar.
6.         Untuk mendapatkan trafik berasaskan intranet seperti rangkaian dalaman , perkongsian
            fail, extranets , dan sambungan pangkalan data.
7.         Untuk mendapatkan login dan lalu lintas rangkaian rangkaian lain dengan VPN SSL
            seperti VPN Access Server atau aplikasi seperti Access Gateway Citrix


Bagaimana Untuk Menyemak Kualiti Laman Web Melalui SSL ?



Hari ini ramai yang mula percaya pada "pembelian dalam talian" . Kita boleh mendapatkan sesuatu barang keperluan melalui laman sesawamg mereka . Kemudian tidak kurang juga yang menggunakan laman web untuk menjana pendapatan . 

Tapi bagaimana untuk mengurangkan risiko kerugian ? Caranya adalah dengan menyemak kualiti SSL laman sesawang tersebut . Sama ada laman sesawang itu benar ataupun sekadar SCAM . 

Jom saya tunjukkan bagaimana caranaya . 

Tekan link -->> https://www.ssllabs.com

Ikuti tutorial di bawah :







sumber

Saturday, February 20, 2016

Awas Skim Cepat Kaya

KOTA BHARU: Polis membuka kertas siasatan berhubung laporan yang dibuat mengenai penipuan skim cepat kaya di negeri ini. 

Pihaknya juga sudah pun merujuk kes itu kepada timbalan pendakwaraya, pagi tadi untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata pihaknya juga sudah menjalankan siasatan awal untuk mengetahui kesalahan terperinci yang dibuat oleh syarikat terbabit 

"Kita juga perlu merujuk pihak Bank Negara bagi mengetahui secara jelas berhubung kesalahan itu," katanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, tadi. 

Mazlan ditemui selepas menziarah Timbalan Ketua Polis Kota Bharu, Suprintendan Setapa Yusoff, yang menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian kepala. 




Beliau mengulas kejadian membabitkan sepasang warga emas dari Rancangan Tanah FELDA Perasu, Gua Musang, yang berputih mata apabila pelaburan sebanyak RM50,000 gagal mendapat pulangan seperti yang dijanjikan. 

Difahamkan skim popular itu menjanjikan setiap pelaburan minimum RM350 (satu lot) akan membolehkan pelabur menerima RM100 setiap bulan dan pada tempoh matang iaitu bulan keempat, pulangan digandakan kepada RM800. 

Syarikat skim cepat kaya itu dipercayai menjalankan pelaburan terhadap koperasi yang berurus niaga dalam bidang hartanah dan FOREX. 

Mazlan turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan tawaran skim cepat kaya kerana ia adalah manipulasi daripada pihak penganjur untuk meraih keuntungan dengan cara yang salah.


Jom sertai kami ! Kami cuma perlukan maklumat anda untuk di hubungi
Borang Ingin Tahu 

Friday, February 19, 2016

Kenali ZENITHGOLD LIMITED Dari A To Z


"Tak kenal maka tak cinta,
Bila dah kenal pasti gembira,
Mau taknya.. duit berkerja,

Tuannya boleh tidur lena"





πŸ‘†πŸΌ Semua maklumat lengkap zenithgold limited, director-director sampai semua shareholders dia. Termasuk semua bisnes partner dia dan bank yang dia terlibat.

πŸ“ŒBukan jaminan yang zenithgolds bagi tapi zenithgolds sebuah syarikat yg kukuh dan ianya syarikat yang berwibawa , merupakan pelabur utama perlombongan kos rendah yang terbesar di Mulatos, Mexico, pengilang syiling dan jongkong emas berjenama zenith gold, pengeluar mesin emas(vending machine), mempunyai hubungan kuat dengan syarikat2 emas ternama, perbankan, perindustrian. Penglibatannya dalam industri emas sejak lebih 15 tahun, berjual-beli emas dengan syarikat-syarikat besar. Rujuk sini

πŸ“Pamp Suise
πŸ“Johnson Matthey
πŸ“Valcambi suisse
πŸ“The Royal Mint
πŸ“Umicore
πŸ“Emirates Gold
πŸ“Metalor
πŸ“Argor Heraeus SA
πŸ“The Perth Mint Australia
πŸ“JP Morgan(bank)
πŸ“Dll..

Sebagai pelabur anda inshaaAllah boleh menjadi jutawan kerana zenithgolds memberi peluang dalam pelaburan secara kompaunding selama 400 hari yang mana anda boleh menjana profit pada anggaran 0.5%-2.0% setiap hari selama 400 hari. Berdasarkan bukti yang telah berlaku pada ahli yg terawal melabur pd september 2014, pelabur-pelabur Zenithgolds telah menerima lebih 7x ganda modal mereka berdasarkan rate profits diantara 0.8%-0.97% setiap hari. Jika anda menganggap ia sebagai suatu simpanan maka ia akan menjadi simpanan yang terbaik.

Sebagai pengilang emas dari lombong, semestinya emas Zenithgolds wujud dan pelabur boleh menuntutnya jika telah layak berdasarkan keuntungan dari pelaburannya. Ia berdasarkan polisi yang telah ditetapkan syarikat iaitu 70% cash dan 30% emas fizikal. Emas yang diproses terus dari lombong menjadikan jongkong emas yang terbaik 99.99% tulen.



Zenithgolds juga memberi peluang kepada pelabur menjana pendapatan melalui bonus bukan dengan menjual emasnya, zenithgolds tidak memilih cara itu. Ia memilih kaedah affiliate dan sistem binari sebagai kaedah pembahagian bonus (ZEN)


Saudara/Saudari tak ada orang yang mahu melabur untuk rugi... Namun dalam pelaburan harus akan ada risiko. Tetapi jika minda kita memikirkan risikonya adalah keuntungan maka itulah yang saudara/saudari dapat.

Fikirkan secara rasional dan bukan secara dangkal. Kekuatan syarikat mengurangkan risiko kerugian dan keuntungannya berbaloi.

Jom sertai kami ! Kami cuma perlukan maklumat anda untuk di hubungi
Borang Ingin Tahu