Monday, November 16, 2015

Kenapa Tahun 2020 Emas Naik RM500 ?

Pada tahun 2020 Emas dijangka naik RM500 satu gram. 




Bank Standard Chartered dunia mengunjurkan emas akan naik RM503 segram pada tahun 2020.  Adakah kenyataan ini  dibuat oleh seorang kerani bank Standard Chartered atau oleh pakar-pakar ekonomi Bank Standard Chartered dunia? Sudah tentu oleh pakar-pakar ekonominya,  pendek kata bukan sebarangan orang yang mengeluarkan kenyataan ini.    

Adakah ini satu realiti atau fantasi?
Bagi orang yang tidak mengikuti perkembangan emas, ianya pasti satu fantasi!
Bagi orang yang mengikuti perkembangan emas, ianya pasti menjadi realiti.

Lihat graf kenaikan harga emas selama 20 tahun.


Bermula dari tahun 2000 permintaan terhadap emas meningkat mendadak sehinggalah tahun 2011.  Harga emas pada tahun 2000 bersamaan RM30 segram, melonjak naik kepada RM86 segram pada 2008 dan seterusnya melonjak naik sehingga RM200 segram pada 2011.  

Kenapa ini berlaku?
Terdapat banyak faktor yang menyebabkannya, namum yang paling ketara permintaan terhadap emas meningkat,  meningkat dari tahun ke tahun.  Meningkat di seluruh dunia. Kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menyimpan emas semakin meningkat dan akan terus meningkat.

Kenapa pentingnya menyimpan emas?
Kerana emas adalah pelindung kekayaan.  Kerana emas kalis inflasi. Kerana emas tidak boleh dimanipulasi. Kerana emas tidak boleh dicetak.  Kerana emas ciptaan Allah yang melambangkan kekayaan, kemewahan dan tidak boleh dicipta manusia.

Kenapa Islam menggunakan emas sebagai matawang (Dinar)? 
Pastinya emas logam yang amat istimewa.  Kerana emas adalah matawang sebenar.


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan 
bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.  Maka simpanlah DINAR dan DIRHAM (untuk digunakan)"


Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Bilakah akan tiba zaman yang nabi sebutkan ini?  7 tahun?  10 tahun?  20 tahun?  Atau kita masih nak mempertikaikan hadis ini sohih atau tidak?

Bukankah apa yang berlaku hari ini menunjukkan kita berada pada landasan yang Rasul sebutkan 1435 hijrah yang lalu?

Jom sertai kami ! Kami cuma perlukan maklumat anda untuk di hubungi
Borang Ingin Tahu 

Terlalu banyak persolan untuk di rungkaikan.  
Kenapa emas jatuh 2012, 2013, 2014?   Apa kaitan emas dengan keadaan ekonomi dunia sekarang ini?  Kenapa hari ini seluruh dunia menghadapi krisis matawang?  Bila emas akan mula naik?  Kenapa pakar mensasarkan permintaan emas akan naik berlipat ganda 2016 seterusnya mencecah RM500 segram tahun 2020?  Mungkinkah ia naik lebih tinggi?  

Pastikan anda tidak ketinggalan dan menyesal kemudian hari!  Tingkatkan simpanan emas anda hari ini. 

Saya Rasa Pelaburan Ini Yang Terbaik !


Kenapa masih ada yang tertanya-tanya tentang pelaburan emas? Sedangkan ia sudah jelas menjadi sebahagian daripada pelaburan yang memberikan keuntungan kepada setiap pelaburnya.
Tetapi majoriti daripada kita masih lagi teragak-agak untuk bertindak membeli sekurang-kurangnya 1 jenis emas.
Mereka lebih cenderung menggunakan duit untuk membeli sesuatu yang berlandaskan nafsu. Yang akhirnya membawa bencana kepada diri dan sia-sia.

Harga Emas Naik RM503 Untuk 1 Gram Menjelang 2020
Berikut ada satu kenyataan menarik yang diumumkan oleh Standard Chartered Bank mengenai harga emas.
Menurut satu laporan yang sahih, harga emas dijangkakan akan meningkat kepada AS$5,000 seauns. Ini bermakna harga bagi satu gram emas adalah dalam lingkungan RM503. Peningkatan harga ini dianggarkan akan berlaku pada tahun 2020.
Mengapa berlakunya peningkatan yang ketara ini?
Semuanya disebabkan oleh permintaan kukuh dari dua negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia, yakni China dan India.
Dalam masa sama, sepanjang tahun 2011, harga emas naik sebanyak 10 peratus. Malah mencecah pada paras tertinggi iaitu RM194 untuk harga 1 gram emas.
Sekali lagi, bagaimana peningkatan ini boleh berlaku?
Menurut sumber berita yang dikeluarkan Berita Harian, ia berikutan daripada kebimbangan krisis hutang yang serius di Eropah. Dalam masa sama, pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat juga tidak menunjukkan sebarang perkembangan yang baik.
Apakah Tindakan Kita?
“Ketika orang lain tidak melabur, maka itu adalah masa untuk kita melabur. Kerana pada waktu itu adalah masa pelaburan yang terbaik.”
Jika kita memiliki minda seorang pelabur yang kaya dan berjaya, kita memandang isu ini sebagai satu peluang keemasan. Ketika masyarakat tempatan teragak-agak atau menunggu masa terbaik untuk membeli emas, kita mengambil peluang untuk membelinya dalam kadar yang mampu.
Jika kita mempunyai simpanan wang yang membenarkan kita untuk membeli 1 jenis emas, maka usah ragu-ragu. Hubungi pengedar emas yang kita kenal sekarang.
Ia jauh lebih baik daripada membeli barangan-barangan perkakas rumah, atau gajet yang tidak memberikan kita nilai jualan balik yang lebih tinggi, dalam tempoh 3 hingga 5 tahun dari sekarang.
Tunggu Peluang atau Ambil Peluang?
Masa itu emas. Emas itu berharga. Jelas maksudnya sekarang.
Apabila kita bertindak hari ini, kita mempunyai satu peluang untuk mempunyai aset yang bernilai tinggi pada tahun 2020. Bayangkan kita membeli sekurang-kurangnya 1 gram emas pada harga RM194 hari ini.
Pada tahun 2020, ia boleh dijual pada harga RM503.
Jumlah keuntungan kita untuk 1 gram sahaja adalah RM309.
Bagaimana pula dengan mereka yang membeli lebih daripada 1 gram emas? Berapakah nilai untung yang bakal diperoleh pada tahun 2020?

Jom sertai kami ! Kami cuma perlukan maklumat anda untuk di hubungi
Borang Ingin Tahu 
Justeru itu, tanya diri kita hari ini. Adakah kita mahu mengambil peluang sekarang? Atau mahu menunggu datangnya peluang yang lebih baik esok hari? Di mana peluang itu masih kabur-kabur dan tidak menentu.
Jawapan yang terbaik untuk melabur pada emas daripada jutawan Azizi Ali,
“Beli emas apabila sudah mempunyai modal. Kerana harganya akan sentiasa meningkat. Kita tidak akan rugi besar dalam pelaburan emas.”
Jika kita sanggup untuk menyimpan RM2,100 bagi membeli iPhone 4S hari ini, yang hanya menjanjikan keseronokan sementara. Adalah lebih baik kita mengumpul sedikit wang, untuk membeli emas bagi dijadikan aset, bagi menjadi lebih kaya dan bahagia.
Sesungguhnya, nilai kekayaan itu terletak pada bagaimana kita menguruskan wang dan harta. Langkah pertama menguruskan wang adalah dengan melabur terhadap aset yang menguntungkan.
Aset itu pula… Tidak lain tidak bukan, adalah emas.
Mulakan pelaburan emas hari ini. Supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.

Menjadi Member Zenith Golds International ?

Assalamuaaikum bagi yang Muslim
Selamat sejahtera semua
Pernahkah anda mendengar tentang syarikat yang bernama ZENITH ??
Pernahkah anda melihat hotel 5 bintang yang bernama ZENITH? atau Jam tangan setanding ROLEX berjenama ZENITH?


Zenith Hotel


Zenith Watch

Pernahkan anda melihat kapal korek di kawasan perlombongan emas yang berjenama ZENITH? atau pernahkah anda melihat bank yang bernama ZENITH?
Tahukah anda bahawa kebanyakan mesin vending emas di negara maju seperti UK, US dan DUBAI adalah keluaran ZENITH?


Zenith Vending Machine

SEBENARNYA SEMUA YANG DISEBUTKAN TADI ADALAH RANGKAIAN PERNIAGAAN ZENITH INTERNATIONAL LIMITED YANG KALAU DI NEGARA KITA SETARA DENGAN GLC.
KINI, ZENITH GOLD JUGA ADALAH SALAH SATU RANGKAIAN DARIPADA ZENITH INTERNATIONAL LIMITED.

IA MENAWARKAN KEPADA ANDA SEMUA SUATU AKAUN EMAS UNTUK PELABURAN DAN MENDAPATKAN KEUNTUNGAN HARIAN MELALUI PELABURAN EMASNYA.
ZENITH GOLD INTERNATIONAL  / 1-855-443-3972 / support@zenithgolds.com
PELABURAN KOMPAUNDING (Bertaraf Global) YANG MENGUNTUNGKAN DALAM 400 HARI.

Kepada yang Beranggapan Zenith Golds ni “SKIM CEPAT KAYA” maaf tiada tempat untuk anda yang negatif.
Zenith Golds International (ZGI) merupakan Syarikat Yang menjalankan Perniagaan Bullion Emas, dan mempunyai Rangkaian ZENITH yang luas seperti perlombongan, perhotelan, perbankan, produk industri (jam tangan) dan sebagainya (seperti GLC dgn syarikat Kerajaan)
Pengeluar & Pengedar gold bullion dunia. Meluaskan pasarannya melalui gold vending machine yg terkenal di negara2 maju seperti, USA, UK & Dubai.
ZENITH GOLD INVESTMENT TELAH MELANCARKAN PROGRAM AFFILIATE PADA 7 SEPTEMBER 2014 SERENTAK DI SELURUH DUNIA BAGI MEMPERLUASKAN LAGI PENGEDARAN GOLD BULLION DAN  EMAS BAR.
Zenith Golds (ZG) adalah satu cabang Baru Dalam ZGI…
Ini adalah Perniagaan, Perniagaan Sebenar!!!
Zenith Gold International menyediakan platform untuk:
1. Pembelian gold bar 99.9 & gold bullion secara online.
2. Global Affiliate Program ( ZEN- Zenith Enterpreneur Network)
Di Zenith Gold kita ada dua pilihan utk membeli fizikal gold atau melibatkan diri dalam spot gold indeks.
Jumlah wang yg kita labur akan didagangkan oleh ZGI di Bursa Saham emas dunia! Jadi, sebagai ahli di ZGI, kita mendapat pulangan harian berlipat kali ganda sebab URUSNIAGA EMAS diniagakan setiap hari.
Kaedah & Term Perniagaan Emas:
1. Jual / Beli emas
2. IRA – Individual Retirement Account (satu kaedah merancang persaraan yg popular dinegara maju seperti UK & US.)
3. ETF – Exchange Trade Fund ( Future market/Option)
4. ETA – Estimated Time Arrival ( Delayed / Discounted / Profits)
ZenithGoldsInvestment – Pilhan Bijak !!! Mengapa???
# Bagi yg berminat dengan plan PASIF zenith gold anda layak menerima ETA profits 0.5% – 2% DAILY. Plan pasif ini sesuai bg seorang yg sibuk dengan urusan kerja. Minima bagi pembukaan akaun emas adalah serendah 100usd/rm350 dan layak menerima keuntungan harian selama 400 HARI TANPA menaja orang lain.
# Bagi yang membuka akaun dengan jumlah 1000usd/rm3500 (Zenith Gold akan menghadiahkan emas bar 1g 99.99% dipos ke alamat rumah)
# Bagi yang aktif menaja orang (global -1 dunia boleh register dibawah anda), 5 jenis BONUS menanti anda.

Jom sertai kami ! Kami cuma perlukan maklumat anda untuk di hubungi
Borang Ingin Tahu 
ZEN BUSINESS PLAN 5 BONUS:

1. ETA Profits – Pasif Income
2. Referral Bonus
3. Dual Team Bonus(Pairing)
4. ETA Matching Bonus
5. Placement Bonus
6. Rewards.
MENGAPA PERLU MENYERTAI ZEN & APAKAH FAEDAHNYA?:

1. Compounding ETA Profits dari 0.5% – 2% harian.
2. Menjana pendapatan pasif berterusan tanpa perlu menaja.
3. Modal serendah $100 (RM350) berpotensi menjana pendapatan sehingga RM28,000.
BAGAIMANA KEUNTUNGAN ANDA DIKIRA:

1. Setiap pelaburan anda akan dikira berdasarkan nilai CV (Cash Value)
2. Syarikat menetapkan setiap $100 (RM350) bersamaan 25CV
# Pendapatan ETA Profit tidak tetap bergantung kepada urusniaga ETA emas & harga emas dunia dengan kadar keuntungan sebanyak 0.5% hingga 2% harian. Pengiraan diatas bertujuan untuk memudahkan pemahaman.
Keuntungan dari pelaburan anda hanya akan matang pada hari ke 100. Anda boleh mengeluarkan pulangan selepas 100 hari atau anda boleh meneruskan ke 200 hari, 300 hari & 400 hari.
Selepas 400 hari anda dikehendaki mengeluarkan kesemua pulangan anda dimana 70% cash (akaun bank anda) & baki 30% anda membeli emas fizikal dengan pihak company.
(Plan ZG diatas Adalah Plan Pasif… Tanpa Menjual/Tanpa Menaja/Tanpa Cari Orang)
LAIN-LAIN BONUS: BAGI YG AKTIF MENAJA ORANG LAIN
1-REFERRAL BONUS 30% ATAS NILAI CV
– Contoh: anda menaja dgn jumlah pelaburan:
Ali – $100 (RM350), = 25CV x 30% = $7.50
Abu – $500 (RM1750) = 125CV x 30% = $37.50
Hamidah – $1000 (RM3500) = 250CV x 30% = $75.00
2-DUAL TEAM BONUS(PAIRING) 40% ATAS NILAI CV – INFINITY
– KIRI/KANAN => 2500CV x 40% = $1000
3-ETA PROFITS MATCHING BONUS 5 LEVEL – TOTAL 15%

– Anda akan overide 3% setiap level dari pendapatan harian ETA Profits direct & indirect sponsor anda sehingga 5 level.
Contoh:
Pendapatan harian ETA Profit Hamidah ialah $10 x 3% =$0.30
pendapatan anda juga akan bertambah seiring dgn pertambahan pendapatan direct/indirect sponsor anda.
*** Syarat kelayakkan mesti sponsor 5 orang.
4-PLACEMENT BONUS 20 LEVEL
Setiap unit/akaun yg diletakkan dibawah rangkaian anda samada dari limpahan Upline, Direct & Indirect sponsor anda akan mendapat,
jika jumlah pelaburannya:
$100 => $0.25
$200 => $0.50
$1000 => $2.50
*** Syarat kelayakkan mesti sponsor 3 orang.
5-REWARDS SETIAP 3 BULAN( GROUP SALES)
** 125,000CV (Kiri / Kanan) = BMW 3 series
** 500,000CV (Kiri / Kanan) = BMW 5 series
** 2,000,000CV (Kiri / Kanan) = BMW 6 series
WITHDRAWAL
– Boleh dibuat pada 15 & 30hb setiap bulan (2 kali sebulan)
– wang akan didepositkan ke akaun bank anda (Maybank, CIMB & Public Bank) dalam tempoh 7 -14 hari bekerja.
**Deposit Bukan melalui Upline,Saya Atau Orang Tengah(Anda sendiri yg withdraw melalui WEB Akaun)
– 70% dari setiap withdrawal akan didepositkan ke akaun bank anda.
– 30% dikehendaki redeem/tebus gold bar 99.9 dari syarikat.
– 10% charge(handling fees) dikenakan bagi setiap withdrawal.
BAGAIMANA MENYERTAI ZEN:

# Mendaftar akaun emas melalui ZEN affiliate member (referrer).
# Setelah Register, anda akan diberi personal WEB AKAUN. Login hanya di Official Websitehttps://www.zenithgolds.com
Security website setaraf M2U(Maybank Online).
SERVER BAGI LAMAN WEB ZENITH DIKATEGORIKAN SEBAGAI GRED ‘A’ ,SAFE AND SECURE.
USAH RAGU-RAGU LAGI,BERTINDAK SEKARANG
SEMENTARA PAKEJ MINIMUM USD100@RM350 MASIH DIBUKA
JADI YANG TERAWAL, DAPATKAN INFO SELANJUTNYA

Monday, June 22, 2015

Bukit Putus simpan 1001 misteri



BUKIT Putus, bukan setakat penduduk Negeri Sembilan kenal dengan nama gah ini, malah masyarakat luar juga mengetahui tentangnya. Seperti ular kena palu, begitulah rupa paras jalan yang satu ketika dahulu menjadi laluan utama dari Seremban ke Kuala Pilah.

Tapi apabila jalan baharu sejauh 6.9 kilometer dibuka secara rasmi pada 25 November 2009, jalan berkelok 32 itu, dari hari ke hari semakin ditinggalkan sepi. Namun Bukit Putus ada menyimpan 1001 rahsia. Dari cerita mistik hinggalah perancangan untuk menceriakan kembali laluan itu.

Tidak menepati kehendak! Itu respons editor selepas gambar dikirim kepadanya. Sekali lagi saya perlu ziarah kawasan itu. Rasanya belum sampai pun suku perjalanan, dari jauh kelihatan sekumpulan anjing dan monyet di tengah-tengah jalan.

Ini peluang baik! Tapi apabila kereta semakin menghampir, kumpulan binatang itu cabut lari ke dalam hutan di kiri dan kanan.

Hati terasa rugi kerana tidak dapat merakam gambar 'mereka'. Saya matikan enjin lalu keluar dari kereta dan kemudian menjengah di tepi lembah yang penuh dengan pokok-pokok tinggi.

Mana tau kalau-kalau kumpulan monyet tadi ada di situ, ada juga rezeki untuk merakam aksinya sedang bergayutan. Hampa. Hanya suara nyaring sang monyet sahut menyahut dari kejauhan yang kedengaran. Anjing-anjing tadi pula entah hilang ke mana.

Mata meliar memerhati kiri dan kanan. Tiba-tiba datang deru angin agak kuat dari arah belakang. Riuh suara monyet tidak kedengaran lagi. Suasana jadi sunyi sepi. Dan sepantas itu juga jantung berdegup laju. Bulu roma menegak, saya terasa seram...

Bukit Putus saya tinggalkan. Maaf puan editor. Saya gagal untuk merakam gambar dikehendaki kerana seram yang saya rasa mengatasi segalanya. Ya, rasa seram itu benar-benar muncul waktu kali kedua saya ke Bukit Putus untuk tugasan laporan khas kali ini.



Legenda raksasa bergaduh

Sehingga hari ini bagaimana wujudnya nama Bukit Putus masih tidak diketahui dengan jelas. Hanya satu saja kisah legenda yang pernah sampai ke telinga pada zaman kanak-kanak dahulu. Nenek pernah bercerita kononnya dulu ada kejadian raksasa bergaduh hingga berparang.

Dalam pergaduhan itu, salah satu raksasa tersebut yang mahu menetak lawannya tertetak bukit tersebut sehingga terputus-putus dan kerana itu ia dinamakan Bukit Putus.

Laluan berusia lebih 40 tahun itu tidaklah terlalu panjang. Hanya lapan kilometer sahaja. Empat kilometer ke puncak dan empat kilometer lagi ke kaki bukit.

Laluan berliku dan berbukit ini kurang disukai pemandu. Selekohnya tajam. Jalannya sempit. Mengerikan bagi pemandu baharu yang baru pertama kali melaluinya.

Mengenang Bukit Putus juga boleh menjadikan bulu roma meremang kerana banyak cerita mistik tersebar dari mulut ke mulut.

Antaranya kisah seorang lelaki mengilai tanpa kepala di satu pokok besar dekat sebatang selekoh. Ada juga yang nampak sekumpulan manusia sedang berjalan mengusung keranda membawa obor dan ada juga yang melihat ‘pocong’ berdiri di kaki bukit.

Cerita bantal peluk bergolek mengejar kenderaan, bebola api berterbangan di sekitar jalan, gerai misteri yang berniaga di tengah malam sehinggalah cerita terlihat sepasang manusia lelaki dan wanita melapah daging monyet di selekoh yang terdapat juraian air bukit.


Kereta tiba-tiba jadi berat

"Waktu itu tahun 2002, jam 2.30 pagi dari arah Seremban. Masa itu, jalan lengang langsung tiada kereta atau lori. Saya pun tidak fikir apa-apa, sehinggalah berhampiran Kem Pengakap sebelah kiri, tiba-tiba kenderaan saya jadi berat. Memang nak naik ke jalan itu agak payah," kata Ismail Shah Abd Samad.

Katanya, dia hanya terfikir keretanya rosak kerana kenderaan itu sering meragam.

"Saya pun lihat cermin pandang belakang, untuk lihat kalau ada kenderaan lain untuk minta bantuan. Tetapi apa yang saya nampak, objek berwarna putih dan samar-samar di bonet belakang kereta. Automatik menggigil satu badan.

"Saya teruskan perjalanan, baca ayat Kursi tetapi secara tiba-tiba bau wangi kapur barus pula datang. Memang sangat seram waktu tu. Bila tiba puncak Bukit Putus, terdengar bunyi angin kuat dan tiba-tiba juga kereta saya menjadi ringan.

"Itulah peristiwa paling saya tidak boleh lupakan sehingga kini. Saya pernah berbual dengan pemandu lori di hentian rehat Ulu Bendul dan mereka beritahu, jam 2 pagi hingga ke 4 pagi, jalan itu akan diganggu Pontianak."


Perempuan bersama tiga anak

“Ini cerita tahun 90-an dulu. Masa tu, saya bertugas dalam JPAM. Saya berulang alik dari Felda Kepis ke Seremban. Kejadian itu berlaku selepas selesai habis bertugas. Saya gerak dari JPAM jam 12.30 tengah malam dan tiba laluan kedua selekoh jam 1 pagi dari Seremban.

"Tempatnya di kawasan kebun durian dekat selekoh paling tajam di jalan lama Bukit Putus. Masa itu naik kereta. Sebelum ini, kawan ada bagi tahu laluan itu agak scary tapi saya tidak percaya.

"Hinggalah, pada malam itu, saya ternampak seorang perempuan berjalan di tengah jalan bersama tiga anaknya dan seorang didukung.

Perasaan ketika itu, hanya ALLAH SWT yang tahu. Takkanlah, jam 1 pagi ada orang di kawasan itu dan di situ tiada rumah. Memang seram sejuk waktu itu. Saya teruskan perjalanan seperti biasa tanpa menegur perempuan itu." kata Shahrudin Abd Halim.


Orang usung keranda

"Sesiapa yang 'bernasib baik' sahaja akan diganggu oleh makhluk halus. Saya dahulu berulang alik dari Seremban ke Kuala Pilah kerana bertugas di Jabatan Pengangkutan Jalan Raya. Pernah diganggu lampu kereta tiba-tiba terpadam dan radio turut senyap. Waktu itu jam 1 pagi.

"Bila dikacau, saya teruskan perjalanan macam biasa. Dan ternampak pula sekumpulan orang mengusung keranda. Saya lega bila lihat ada orang ramai.

"Perasaan takut mula hilang. Namun bila tiba puncak bukit, tiba-tiba saya terfikir, di selekoh ketiga itu mana ada rumah orang dan baharulah saya tersedar, mungkin apa yang saya lihat bukan orang sebenar.” kata Mashitah Idris.


Jalan sunyi kenderaan berkurangan

Biarpun bilangan kenderaan menggunakan jalan Bukit Putus semakin berkurangan, malah boleh dikatakan sudah tiada, kisah mistik dan misteri itu masih terus disebarkan.

Bagaimanapun, selepas jalan baharu yang lebih pendek dan lurus dibuka dan kenderaan yang melalui jalan Bukit Putus semakin berkurangan, ada ura-ura untuk menjadikan laluan ini sebagai tempat riadah dan rekreasi.

Namun sehingga hari ini, tidak kelihatan apa-apa usaha dilakukan. Bukit Putus sudah jadi laluan sunyi. Bukan setakat manusia dan kenderaan, malah monyet dan kera yang dahulunya kelihatan banyak di tepi-tepi jalan setiap kali melalui laluan itu, kini sudah tiada.

Kalau dulu ‘mereka’ amat suka berpelesiran di tepi jalan, kini sudah tidak nampak bayang. Mungkin dulu ada saja pemandu yang melempar makanan untuk mereka menjadikan mereka gemar keluar di tepi jalan menunjukkan muka.

Tapi sekarang, tak siapa yang datang melihat lagi. Khabarnya, polis juga tidak menggalakkan pemandu melalui laluan ini terutama waktu malam kerana ada kes samun berlaku di sini.


Berpotensi jadi tarikan pelancong

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani berharap kerajaan negeri dapat membuat kajian terperinci terhadap laluan lama Bukit Putus, untuk dimanfaatkan sebagai tarikan pelancong.

Secara peribadi katanya, lokasi tersebut agak menarik berikutan keadaannya yang dilitupi kehijauan alam semula jadi di kiri dan kanan jalan, ditambah kewujudan beberapa dusun buah-buahan dan sebuah restoran di situ.

“Pada hemat saya, laluan itu sesuai dijadikan sebagai kawasan agro pelancongan atau sukan lasak misalnya maraton, longboard, berbasikal, rock climbing, meredah hutan, mendaki bukit dan pelbagai lagi.

“Ditambah laluan berliku dan mencabar, pastinya mampu menggamit penyertaan atlet antarabangsa. Memang rugi kalau dibiarkan sebab lokasi itu mudah diakses menggunakan laluan baharu, selain terletak berdekatan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas),” katanya.

Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun nyata sependapat dengan Mohamad Taufek, cuma berharap segelintir aspek dapat dipertingkatkan lagi jika cadangan sedemikian menjadi realiti.

“Selain menaiktaraf kualiti jalan, beberapa kemudahan asas perlu dibina untuk orang ramai. Penguatkuasaan juga mesti proaktif bagi memastikan keselamatan pengunjung terjamin kelak.

“Bila ada pengunjung, secara tidak langsung boleh memberi peluang kepada penduduk sekitar untuk menambah pendapatan dengan berniaga secara kecil-kecilan di sepanjang laluan penuh bersejarah itu,” katanya.

Pendapatan isi rumah meningkat kepada RM4,585

KUALA LUMPUR - Pendapatan isi rumah bulanan penengah Malaysia pada 2014 meningkat 11.7 peratus setahun kepada RM4,585 berbanding RM3,626 pada 2012.
   
Jabatan Perangkaan berkata demikian dalam Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2014, yang mengumpulkan data berkaitan ciri-ciri isi rumah Malaysia.
   
"Penyiasatan ini telah dilaksanakan melalui kaedah temu ramah bersemuka dalam tempoh 12 bulan sepanjang 2014, merangkumi strata bandar dan luar bandar.


   
"Secara umumnya, terdapat empat punca pendapatan yang boleh diterima (terakru) oleh isi rumah iaitu pendapatan daripada pekerjaan bergaji, bekerja sendiri, pendapatan daripada harta dan pelaburan serta pindahan semasa diterima," katanya dalam satu kenyataan.
   
Pendapatan isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat 10.3 peratus setahun kepada RM6,141 pada 2014 daripada RM5,000 pada 2012, katanya.

Jabatan Perangkaan berkata, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan pendapatan penengah tertinggi iaitu RM7,620 diikuti oleh Putrajaya (RM7,512), Selangor (RM6,214), Wilayah Persekutuan Labuan (RM5,684), Johor (RM5,197), Melaka (RM5,029) dan Pulau Pinang (RM4,702).
   
Negeri-negeri lain merekodkan pendapatan penengah di bawah paras nasional  iaitu RM4,585.
   
Menurut jabatan itu lagi, Kuala Lumpur mencatatkan pendapatan isi rumah bulanan purata tertinggi sebanyak RM10,629, diikuti dengan Putrajaya (RM10,401), Selangor (RM8,252), Labuan (RM7,591) dan Johor (RM6,207).
   
"Negeri-negeri lain merekodkan pendapatan purata di bawah paras nasional (RM6,141)," katanya.
   
Pekali Gini turun sebanyak tiga mata peratus daripada 0.431 pada 2012 kepada 0.401 pada 2014, katanya.
   
"Ini menunjukkan pengagihan pendapatan isi rumah di Malaysia bertambah baik," katanya. - Bernama

Tuesday, April 7, 2015

Boikot !

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Wah, bila ada segelintir yang bermati-matian untuk boikot ada juga pihak yang bermati-matian untuk mengatakan tindakan boikot itu tidak berfaedah . Bagi mereka yang tidak memboikot mempunyai pendirian itu adalah pilihan masing-masing .

Mereka pandai berkata tentang pilihan tetapi mereka tidak sedar dengan memboikot akan membuka lebih banyak pilihan lain . Inilah masanya untuk membantu produk-produk tempatan yang mana mereka mencari ruang-ruang pasaran yang ada.



Adakah terlalu payah bagi peniaga-peniaga bumiputera untuk menawan hati rakyat tempatan ? Mungkin kerana rakyat kita memang mudah di "brainwash" dengan kotak kecil berbentuk empat segi . Mereka merasakan apa yang keluar dari televisyen ada produk yang bagus .

Ingin sahaja aku tunjal kepala mereka yang bagang abadi . Macam mana hang dapat masuk universiti kalau benda kecil tak dapat nak berfikir . Ada pula yang perjuangkan bermati-matian produk kesayangan mereka macamlah dapat komisyen.



Siapa kata tindakan seseorang tak dapat mengubah satu dunia ? Sedangkan aku mula takut untuk mengunyah dan menekan produk yang memberi aku nikmat tetapi meragut nyawa orang lain, setelah aku melihat dua orang rakan yang menolak barangan tersebut. Yes, cuma dua orang dan bukan satu UTM . Tetapi dapat mengubah pendirian orang-orang sekeliling .


Sedangkan pemimpin yang cukup di segani iaitu Tun Dr Mahathir pun menyokong kempen boikot . Kini beliau sihat lagi untuk menyambut ulang tahunnya yang ke 89. Tetapi kenapa tidak rakyat marhaen ? Wahai rakyat Malaysia, ini bukan tentang agama atau bangsa tetapi tentang sifat kemanusiaan . Jika hari ini kawan-kawan India atau China aku tinggalkan dunia ini, aku juga pasti akan sedih dan berkabung walau tidak seagama dan sebangsa denganku.



<>

Teknik Kuasai Minda


Kebanyakan manusia hanya menggunakan 10% daripada 100% otak mereka kerana masih banyak sel-sel otak yang masih belum diterokai mungkin disebabkan persekitaran yang mereka tinggal,makanan yang di makan cara hidup yang terlalu bebas dan mengikut nafsu dan perasaan dan juga kurangnya ilmu pengetahuan,terutamanya pengatahuan yang berkaitan dengan agama dan tidak beramal dengan ilmu yang   ada. 



Jom pelajari 5 tanda kita gagal menguasai minda: 

1. Kita tidak pernah seronok dengan apa yang dilakukan. 

Perkara ini sering kita lihat pada mereka yang sentiasa tertekan apabila melakukan sesuatu. Apabila kita tidak menyukai perkara yang kita lakukan maka ini bermaksud kita telah dikawal oleh minda. 


2. Kita mudah mengalah kita akan mudah mengalah apabila menghadapi sebarang masaalah . 

Situasi ini dapat dilihat apabila kita mudah membuat keputusan untuk berundur terlampau awal apabila berhadapan dengan cabaran dan rintangan. 

3. Kita sentiasa fokus pada masalah 

Minda yang lemah juga memperlihatkan kita sentiasa fokus pada masalah dimana kita tidak pernah sesekali terfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya kalau kita mencari penyelesaiannya mungkin sudah lama kita jumpa penyelesaiannya. Namun kita tidak mencari penyelesaian masalah tersebut bahkan hanya memikirkan penyesalan akan masalah yang dihadapi. Apabila minda kita sentiasa fokus pada masalah, maka ia akan membawa kepada sifat-sifat negatif yang melibatkan emosi, persekitaran dan sebagainya. 

4. Kita tidak pernah keluar daripada persekitaran negatif 

Apabila kita gagal menguasai minda, maka secara tidak sedar kita telah membiarkan persekitaran negatif memasuki minda kita. Ini juga dapat dilihat jika kita sentiasa menilai sesuatu perkara dari sudut yang negatif atau dengan kata lainnya mudah bersangka buruk pada apa yang terjadi. 

5. Kita sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara 

Adakah kita seringkali mengalami masalah untuk fokus terhadap sesuatu perkara? Jika perkara sedemikian berlaku pada diri kita maka jelas sekali kita perlu mempertajamkan lagi minda kita kerana ciri-ciri mereka yang mudah hilang fokus adalah disebabkan penguasaan minda yang lemah. 

Jika ada diantara kelima-lima ciri ini bersangkut paut dengan diri kita, ia tidak bermakna kita perlu mengalah dan berserah kepada takdir.

 Tindakan yang perlu kita lakukan ialah mencipta perubahan dimana aspek penting yang perlu dinilai ialah memperkasakan minda kita terlebih dahulu dengan ilmu pengetahuan dan dengan cara beribadah dan hindari perkara dosa sebab ini adalah cara terbaik untuk mencuci hati dan minda. Dengan berbuat demikian, anda akan sedar bahawa perubahan positif yang ketara akan berlaku pada diri kita dari semasa ke semasa. 

 Ingat segala doa dan hajat kita mesti disusuli dengan berberapa langkah dan usaha Dibawah ini adalah satu pendedahan rahsia besar iaitu 

Teknik menggunakan kuasa minda bawah sedar,

Kursus-kursus latihan seperti ini sangat mahal yuran penyertaan untuk belajarnya bahkan ada yang mencecah ribuan ringgit untuk menghadiri seminar seperti ini,tetapi saya dedahkan secara percuma sepagai tanda penghargaan saya kepada sesiapa yang ingin benar mencari ilmu.

Teknik menggunakan kuasa minda bawah sedar: 

Kosongkan fikiran dan biarkan diri dalam keadaan tenang.

Berikan kata semangat pada diri sendiri(dalam hati) seperti aku hebat,aku kaya,cantik,hensem dan sebagainya(rekalah dialognya sendiri yang berkaitan dengan hajat) 

Bayangkan apa yang kita impikan itu akan dapat(dalam berberapa saat)sedang dapatnya(dalam berberapa saat)sudah pun mendapatkan apa yang di idamkan tersebut( dalam berberapa saat juga) 

Tarik nafas selama dalam kiraan 8 saat,tahan seketika dalam 8 saat kemudian lepaskan dalam 8 saat juga.(ulang sebanyak 3 kali/5 kali/7 kali/9 kali or (11 kali terbaik) 


Pejam mata (seeloknya 5 teknik ini cuba lakukan dengan serentak dalam satu masa) kemudian buka mata dengan senyuman seolah-olah memang benda yang diidamkan itu sudah berada didepan mata.