
Patuh Syariah
PENEGASAN BERKAITAN PATUH SYARIAH DALAM ZENITH..
PANDUAN:
Selagi bisnes itu tidak melibatkan perkara2 atau unsur2 BERIKUT:
1) Gharar (Tidak Pasti) iaitu jual beli yang tiada transaksi seperti jual barang/produk yang tidak nampak,tidak diketahui nilai secara umum,barang belum wujud,transaksi yang tidak diketahui manfaatnya bila diperolehi..
Di ZENITHGOLDS transaksi berlaku setelah pendaftaran dibuat dan direkodkan walaupun tidak menjalankan urusan jual beli secara online bukan fizikal tapi jelas ia bermanfaat untuk digunakan dalam urusniaga sama seperti ASB. Urusan secara online sah sepertimana bayar zakat online yang telah dipraktikkan di Malaysia.
2) Riba (bunga/ interest) iaitu melibatkan 2 perkara..
- Barangan Ribawi yakni melibatkan pertukaran emas dengan emas,perak dengan perak.
- Keuntungan yang dijanjikan tetap dan tempoh yang tetap..
Contoh 1: 2% daripada modal pokok setiap hari selama 60 hari
Contoh 2: 10% selama 10 bulan termasuk pokok
Di ZENITHGOLDS keuntungan yang diperolehi oleh pemegang akaun emas adalah tidak tetap.Jika hendak untung lebih buka akaun dengan kadar modal yang besar.Jangka masa juga tidak tetap dan persen(%) pun tidak tetap dan bukan dikira atas modal pokok. Akan tetapi keuntungan yang diberi bersandarkan harga emas semasa dunia yang diterima oleh pemegang akaun emas mengikut berapa modal semasa membuka akaun. Keuntungan yang diberi menerusi ETA PROFIT setiap hari tidak tetap tempoh waktu dan berapa jumlah ETA harian tidak diketahui.
3) Maisir(Perjudian) ia lebih kepada untung nasib atau tilikkan seperti contoh:
- seperti perniagaan yang jelas terlibat dengan perjudian
- Pelaburan atau perniagaan yang membuat taruhan wang lebih daripada 2 orang..
Di ZENITHGOLDS jelas tiada urusniaga yang melibatkan perjudian dan tiada risiko untuk pemegang akaun emas.
Maka didalam ZENITHGOLDS ditegaskan tiada unsur2 yang dilihat tidak patuh syariah, maka hukum
berurusniaga di ZENITHGOLDS adalah dikira harus (tidak menyalahi syarak). “MENCARI YANG HALAL ADALAH KEWAJIPAN BERSAMA.HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN SAHAJA”
NOTA TAMBAHAN 1…
Berikut adalah kajian JAKIM terhadap produk pelaburan emas Maybank dan Public bank…
Setelah meneliti serba sedikit berkaitan produk akaun pelaburan emas serta menghubungi pihak Public Bank Berhad dan Malayan Banking Berhad (Maybank) didapati beberapa perkara yang meragukan:
- Produk ini terletak dibawah perbankan konvensional dan tidak patuh syariah (not comply with syariah).
- Pihak bank tidak menyatakan kewujudan emas yang dibeli sekiranya pelanggan ingin mengambil emas fizikal tersebut. Transaksi pelaburan emas pula hanyalah berdasarkan harga emas semasa dunia. Ianya bercanggah dengan syarat jual beli emas yang sah iaitu:-
- a) bank atau penjual memiliki emas yang dijual semasa menjual
- b) bank atau penjual memberikan bukti dan hak tasarruf (hak milik) kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak keatas sejumlah emas yang telah dibeli yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila2 masa yang dikehendakinya.
by; Abdul Muhaimin dan Mohd Hafiz bin Asmani
Baik…jika kita teliti betul2 disini ZG sudah menepati syarat sah dalam pelaburan emasnya.
a) Zenithgold memang memiliki emas kerana ia adalah antara pengeluar emas dunia. Setiap emas yang dikeluarkan sememangnya mempunyai logo rasmi ZENITHGOLDS menunjukkan bahawa ia adalah pemilik emas yang sah.
b)Zenithgold telah membuktikan bahawa pembeli/ pelabur mendapat emas fizikal pure gold 99.99 beserta sijil yang dihantar terus ke alamat rumah melalui courier/ pos laju. Pelabur juga terbukti layak menuntut(redeem) emasnya pada bila2 masa melalui akaunnya apabila cukup jumlah atau nilai emas tersebut.
Oleh itu ZG tidak melanggar syarat pelaburan emas seperti yang telah digariskan oleh hukum syarak…
NOTA TAMBAHAN 2…
Dalam urusan jual beli kena ada penjual,pembeli barang dan akad..Dalam kes ini ZENITHGOLDS merupakan pihak syarikat sebagai ‘PENJUAL dan ‘PEMBELI’ adalah kita sendiri.Barang dijual adalah platform pelaburan dan juga emas fizikal yang bakal kita terima nanti
Ulamak bersetuju bahawa itu telah sah sebagai akad kerana akad ini bermaksud kita bersetuju dalam urusan jual beli barang…maka bila telah wujud ‘LOGIN ACCOUNT’ maka telah sah akadnya didunia moden ini..
Hukum tidak sama sekali berubah cuma telah diselarikan dengan perkembangan dunia teknologi sekarang.Bilakita telah akad atas emas maka wajib bagi pembeli mendapat emas tersebut.Jadi melalui ZG kita telah diwajibkan untuk mendapatkan hak milik emas 30% dan tunai 70% apabila telah cukup 400 hari.
Dalam bab ini ada khilaf dikalangan para ulamak berkaitan tempoh penyerahan barang atau emas, ada pendapat yang mengatakan perlu diserahkan secara on the spot dan ada pula yang mengatakan boleh ada tempoh masa dengan syarat mesti dapat emas tersebut dan adalah hak milik ZG..
Sekarang memang telah jelas bahawa ZG adalah pengeluar emas kerana jika kita perhatikan setiap emas yang dikeluarkan mesti ada logo ZG.Kita juga telah jelas bahawa ZG sendiri telah mengaku bahawa mereka merupakan pengeluar emas bullion dan juga bar melalui websitenya.Maka telah jelas investment ZG ada akad.
Jom sertai kami ! Kami cuma perlukan maklumat anda untuk di hubungi
Borang Ingin Tahu
Jom sertai kami ! Kami cuma perlukan maklumat anda untuk di hubungi
Borang Ingin Tahu