Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu 1Malaysia (PVTM1M), Mohd. Ali Baharom berkata, siasatan segera perlu bagi mengenalpasti individu terlibat untuk dikenakan tindakan undang-undang.
Katanya, selain gambar peribadi, beberapa kenyataan bersifat negatif berkaitan Rosmah turut dipaparkan melalui akaun itu.

“Ini merupakan jenayah berat yang perlu diambil tindakan segera. Ada pihak sengaja mewujudkan akaun Facebook tersebut dengan niat untuk menabur fitnah dan memburuk-burukkan isteri Perdana Menteri.




“Tindakan ini bukan sahaja mengaibkan , malah turut mencemar imej beliau. Diharapkan SKMM segera mengambil tindakan sewajarnya bagi mengenal pasti individu terlibat untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beberapa laman Facebook palsu dikaitkan dengan Rosmah dikenalpasti wujud di laman sosial baru-baru ini.

 Gambar Hiasan

Selain foto peribadi, beberapa kenyataan negatif yang mengaibkan beliau turut dipaparkan melalui akaun tersebut.

Mohd. Ali menegaskan pihaknya memandang serius perkara ini dan akan membuat laporan polis jika individu terbabit tidak menutup akaun Facebook palsu itu dan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Individu yang tidak bertanggungjawab tersebut diberi tempoh selama tiga hari bermula hari ini untuk tutup akaun itu dengan segera. Jika gagal berbuat demikian, PVTM1M tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis.

“Diharapkan rakyat khususnya pengguna laman sosial tidak terpengaruh dan mempercayai tentang apa yang dipaparkan melalui akaun itu,” katanya.

sumber sumber

p/s : Bawak bertenang semua k !