
Sebuah Kapal Terbang Malaysia Terhempas Di Ukraine. #MH17
Sekali lagi Malaysia di uji, semoga rakyat Malaysia terus bertahan dari setiap pihak yang akan cuba memisahkan rakyat dengan pelbagai idealogi di sebalik insiden yang tidak di rancang ini .
Laporan media barat memetik sumber industri pulak memberitahu pesawat tersebut terhempas selepas ditembak menggunakan roket dari darat ke udara di wilayah Ukraine yang sedang bergolak.
MENURUT RUSSIATODAY, pesawat penumpang tersebut dijangka memasuki ruang udara Rusia pada pukul 5:20 petang waktu tempatan, tetapi hilang tidak lama kemudian.
"Pesawat itu terhempas 60 km dari sempadan, pesawat menghantar isyarat kecemasan," ITAR-Tass memetik sumbernya.'
Sehingga kini ada dua tiga laporan yang mengelirukan, ada yang kata jatuh, ada yang kata ditembak jatuh.
Yang pasti pesawat tersebut membawa 295 penumpang dan anak kapal.
Berita kehilangan pesawat kedua milik MAS dalam tempoh lima bulan itu menjadi tajuk utama 'breaking news' semua agensi berita antarabangsa sebentar tadi.
Sementara itu MAS melalui akuan twitternya mengesahkan sebuah pesawatnya MH17 kali terakhir dapat dihubungi di ruang udara Ukraine.
Gambar Twitter
Laluan MH17
Laluan MH17
Gambar Mangsa
Hancur ..
Di sebalik kejadian ini ada pihak yang mengeluarkan kata-kata berbentuk perkauman . Stay Strong Malaysian
SayNoToRacist
pro-Russia separatist